Masyarakat Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu suasana atau iklim persekolahan yang menitikberatkan perkembangan individu yang seimbang dan harmonis serta menyeluruh mengikut kebolehan masing-masing dan berlandaskan  kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan supaya melahirkan individu yang sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan masyarakat serta memberi sumbangan yang positif dalam pembangunan Negara sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan serta aspirasi Negara.
Untuk mencapai matlamat dasar ini tumpuan adalah kepada pencapaian objektif-objektif berikut :
OBJEKTIF-OBJEKTIF SEKOLAH
Kami berhasrat untuk sentiasa mengekalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang sebagai sebuah sekolah yang efektif yang menjadi kebangsaan sekolah dan masyarakat setempat dengan :-
  1. Merancang dan mengurus program-program yang inovatif untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah dan bertumpukan masalah-masalah di sekolah.
  2. Merancang dan mengurus program peningkatan prestasi pencapaian pelajar sama ada dalam bidang ko-kurikulum supaya sentiasa berada di tahap cemerlang.
  3. Merancang dan mengurus program pembinaan insan atau maju diri di kalangan pelajar dan staf.
  4. Merancang  dan mengurus program peningkatan profesionalisme di kalangan staf.
  5. Merancang dan mengurus kebajikan dan disiplin pelajar-pelajar dan staf.
  6. Mengurus dan mengawal sumber pendidikan, pembangunan fizikal,bekalan penyelenggaraan dan kewangan sekolah.

PIAGAM SEKOLAH

SMK TINGGI KLANG akan melaksanakan dasar wawasan pendidikan melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik,moden,progresif,dan penyayang selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Selangor Darul Ehsan.
Akan mewujudkan dan mengekalkan pendemokrasian dengan segala kemudahan yang ada serta mempertingkatkan prestasi pendidikan secara kuantitatif dan kualitatif dari semasa ke semasa,khususnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Akan mengutamakan usaha untuk melahirkan anak didik yang berkualiti,serta mewujudkan di kalangan semua ahli masyarakat sekolah atau budaya yang menekankan tahap disiplin sekolah yang tinggi selaras dengan nama dan martabat sekolah.
Akan mengekalkan satu suasana yang menggembirakan atau menyeronokkan serta menarik kepada pelajar dan kakitangan melalui kemudahan,keceriaan dan keperihatinan terhadap kebajikan meerka.
Akan bersedia memberi layanan mesra kepada kliental,khususnya pelajar-pelajar dan ibu bapa,serta sentiasa menggalak dan mengalu-alukan penglibatan atau khidmat pihak luar demi pembangunan dan kemajuan sekolah.

DOA SMK TINGGI KLANG

Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,
Sematkan ke dalam jiwa kami,sikap jujur dan amanah,
Berhemah tinggi,berakhlak mulia,
Menghormati semua guru dan ibu bapa,
Berdisiplin dan berbudi bahasa sepanjang masa

Wahai Tuhan Yang Maha Pangasih,
Terangkanlah hati kami,
Mudahkan kami menerima pendidikan,
Kami berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh,
Menjaga nama baik,keselamatan dan harta benda sekolah,
Tanamkan semangat perpaduan di kalangan kami.

Wahai Tuhan Kami yang Berkuasa lagi Pengasih,
Peliharalah kami,guru-guru kami,ibu bapa dan sekolah kami,
Jauhilah kami dari hasad dengki,malas,pemarah,bongkak,degil,
Mudah-mudahan hidup kami beroleh kejayaan,
Di dalam kehidupan kami sepanjang zaman.



Leave a Reply.