MESYUARAT AGUNG

Kepada
Ibu Bapa/Penjaga/Guru

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-32
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Tinggi Klang kali ke-32 akan diadakan pada:

Tarikh : 23 Febuari 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Putera SMK Tinggi Klang

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
Ucapan Yang Di Pertua PIBG
Membentangkan Minit Mesyuarat Agung  yang lalu
Membincangkan  perkara-perkara berbangkit
Membentang dan Menerima Laporan tahunan 
Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31.12.2012
Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG 2013/14
Memilih  2 orang Juruaudit
Membahaskan Usul-usul
Ucapan PenanguhanSebarang usul yang ingin dibawa ke mesyuarat agung hendaklah dihantar kepada Setiusaha selewat-lewatnya pada atau sebelum 07 Febuari 2013

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SMKTK 10 Febuari 2013. Kepada semua guru-guru dan murid-murid warga cina SMK Tinggi Klang, kami mengucapkan Selamat menyabut Tahun Baru Cina. Kepada para pembaca khususnya,selamat bercuti daripada kami walaupun cuti umum sempena tahun baru cina hanya dua hari. Semoga mereka yang merayakan perayaan ini bersama keluarga berasa bahagia.

MERENTAS DESA

SMKTK 23 Januari 2013. Acara Merentas Desa tahun 2013 telah dijalankan di SMK Tinggi Klang dengan jayanya. Seramai 1368 pelajar dalam larian tersebut, dan seramai 145 orang guru dan kakitangan sekolah ini terlibat dalam acara tersebut.

Acara merentas Desa ini merangkumi beberapa kategori, bermula dengan Pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, 6 lelaki dan 6 Perempuan. Sukan untuk semua ini mewajibkan semua pelajar terlibat yang dibahagikan kepada 5 rumah sukan mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali.

Pada Akhir acara rumah Sulaiman telah dinobatkan sebagai Johan dalam acara keseluruhan pada tahun ini.
KILK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

BERTEMU PELANGGAN

Hari Bertemu Pelanggan 2013 Pelajar Tingkatan 3 dan 5

SMKTK 12 Jananuari 2013. Sekolah telah mengadakan "Hari Bertemu Pelanggan" pada 12 Jan 2013 bertempat di Dewan Putera SMK Tinggi Klang. Program yang menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar bertemu dengan Pengurusan dan guru-guru di sekolah ini berjalan dengan jayanya.

Program pertama kali ini dijalankan hanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 sahaja Hari sabtu dipilih sesuai untuk ibu bapa berjumpa guru-guru anak mereka. Ramai ibu bapa yang datang memuji sikap sekolah ini kerana anak-anak mereka yang akan menduduki PMR dan SPM tahun ini boleh mendapat nasihat daripada guru-guru, seterusnya dapat merancang dengan baik persiapan peperiksaan anak mereka pada penghujung tahun ini.

Terdapat saranan ibu bapa supaya program ini diteruskan dan diluaskan lagi untuk pelajar STPM juga pada tahun hadapan.. Klik sini untuk melihat
KILIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

PMR 2012

Keputusan PMR 2012 - 29 Pelajar mendapat 'Straight As'

SMKTK 7 Januari 2013. Seramai 296 pelajar tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan PMR dan seramai 284 pelajar telah lulus pepriksaan tersebut. Seramai 29 pelajar telah mendapat semua A dan mendapat penghargaan daripada pihak sekolah.

Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus hingga sekolah dapat meningkatkan keputusan tahun ini.Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang tahun ini. Sekian.
KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR.

PENDAFTARAN TINGKATAN 1

 Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

SMKTK 2 Januari 2013. Seramai 289 pelajar tingkatan satu mendaftar sebagai pelajar baru hari ini. Pelajar ini merangkumi pelajar 2 kelas Rancangan Khas, 1 Kelas Aliran Agama dan 6 kelas biasa.

Pelajar-pelajar yang dipilih untuk rancangan khas dan kelas aliran agama telah dicadangkan oleh Pejabat Pelajaran Negeri dan mereka diberikan kemudahan tinggal di asrama.

Ibu bapa dan Penjaga yang hadir telah diberikan taklimat oleh pihak pengurusan sekolah. Harapan besar ibu bapa tidak dikecewakan dengan usaha-usaha gigih guru-guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara
KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR