Masyarakat Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu suasana atau iklim persekolahan yang menitikberatkan perkembangan individu yang seimbang dan harmonis serta menyeluruh mengikut kebolehan masing-masing dan berlandaskan  kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan supaya melahirkan individu yang sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan masyarakat serta memberi sumbangan yang positif dalam pembangunan Negara sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan serta aspirasi Negara.
Untuk mencapai matlamat dasar ini tumpuan adalah kepada pencapaian objektif-objektif berikut :
OBJEKTIF-OBJEKTIF SEKOLAH
Kami berhasrat untuk sentiasa mengekalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang sebagai sebuah sekolah yang efektif yang menjadi kebangsaan sekolah dan masyarakat setempat dengan :-
  1. Merancang dan mengurus program-program yang inovatif untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah dan bertumpukan masalah-masalah di sekolah.
  2. Merancang dan mengurus program peningkatan prestasi pencapaian pelajar sama ada dalam bidang ko-kurikulum supaya sentiasa berada di tahap cemerlang.
  3. Merancang dan mengurus program pembinaan insan atau maju diri di kalangan pelajar dan staf.
  4. Merancang  dan mengurus program peningkatan profesionalisme di kalangan staf.
  5. Merancang dan mengurus kebajikan dan disiplin pelajar-pelajar dan staf.
  6. Mengurus dan mengawal sumber pendidikan, pembangunan fizikal,bekalan penyelenggaraan dan kewangan sekolah.

PIAGAM SEKOLAH

SMK TINGGI KLANG akan melaksanakan dasar wawasan pendidikan melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik,moden,progresif,dan penyayang selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Selangor Darul Ehsan.
Akan mewujudkan dan mengekalkan pendemokrasian dengan segala kemudahan yang ada serta mempertingkatkan prestasi pendidikan secara kuantitatif dan kualitatif dari semasa ke semasa,khususnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Akan mengutamakan usaha untuk melahirkan anak didik yang berkualiti,serta mewujudkan di kalangan semua ahli masyarakat sekolah atau budaya yang menekankan tahap disiplin sekolah yang tinggi selaras dengan nama dan martabat sekolah.
Akan mengekalkan satu suasana yang menggembirakan atau menyeronokkan serta menarik kepada pelajar dan kakitangan melalui kemudahan,keceriaan dan keperihatinan terhadap kebajikan meerka.
Akan bersedia memberi layanan mesra kepada kliental,khususnya pelajar-pelajar dan ibu bapa,serta sentiasa menggalak dan mengalu-alukan penglibatan atau khidmat pihak luar demi pembangunan dan kemajuan sekolah.

DOA SMK TINGGI KLANG

Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,
Sematkan ke dalam jiwa kami,sikap jujur dan amanah,
Berhemah tinggi,berakhlak mulia,
Menghormati semua guru dan ibu bapa,
Berdisiplin dan berbudi bahasa sepanjang masa

Wahai Tuhan Yang Maha Pangasih,
Terangkanlah hati kami,
Mudahkan kami menerima pendidikan,
Kami berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh,
Menjaga nama baik,keselamatan dan harta benda sekolah,
Tanamkan semangat perpaduan di kalangan kami.

Wahai Tuhan Kami yang Berkuasa lagi Pengasih,
Peliharalah kami,guru-guru kami,ibu bapa dan sekolah kami,
Jauhilah kami dari hasad dengki,malas,pemarah,bongkak,degil,
Mudah-mudahan hidup kami beroleh kejayaan,
Di dalam kehidupan kami sepanjang zaman.
 
 
Senarai Pentadbir Sekolah
 
 
Sejarah awal sekolah bagi Sekolah Tinggi Klang bermula dari sebuah atap kecil (14 Januari 1928), pada masa itu ia dikenali sebagai "Sekolah Sementara Inggeris" dan jumlah murid yang mendaftar ialah seramai 62 orang sahaja.

En. S.C.E Singam sebagai pengetua dan seorang guru sahaja yang mengajar iaitu S.M.Thiagarajah. Pada tahun yang sama, pasukan pengakap ditubuhkan. Pada tahun 1929, 13 buah kelas ditambah dan seramai 108 orang murid berdaftar.

Pada 20 Mac 1930, Sekolah Tinggi Klang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah G.C.M.G.

Pada masa Perang Dunia Kedua, tahun 1941, sekolah ini digunakan oleh British sebagai ibu pejabat Perkhidmatan Bantuan Perubatan untuk kawasan Klang. Terdapat 2 orang doctor bertugas dan dibantu oleh 52 orang nurse.

Walau Bagaimanapun, sekolah ni menerima kemusnahan apabila tentera Jepun menawan Klang, hampir kesemua peralatan-peralatan sekolah menerima kerosakkan didalam peperangan tersebut. Semasa pendudukan Jepun, sekolah digunakan sebagai pangkalan tentera dan juga kem perubatan.

Sekolah dibuka semula selepas Perang Dunia Kedua dan digunakan sebagai hospital tentera oleh pihak berkuasa tentera British.
Untuk maklumat lanjut klik :
LENCANA SEKOLAH
Picture
Lambang Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang mempunyai 2 bilah keris yang merupakan perlembagaan Diraja, bersilang antara satu sama lain dan 7 jalur yang berselang-seli dengan warna hijau dan kuning iaitu warna lambang kemegahan dan tradisi. Warna hijau membawa maksud keyakinan dan daya usaha manakala warna kuning melambangkan lambang diraja. Di sebelah atas lambang tercatat nama sekolah manakala di sebelah bawah pula ialah moto sekolah iaitu "PROBITAS ET FIDES". Ukuran sebenar lambang sekolah ini ialah 4cm x 3cm.

VISI

SMK TINGGI KLANG menjadi Sekolah Premier  Terbaik di negeri Selangor menjelang tahun 2015.

MISI

1. Mengungguli kegemilangan kurikulum yang berterusan.
2. Meningkatkan kegemilangan dan penglibatan menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.
3. Melahirkan pelajar bersahsiah mulia, berjiwa murni dan berdaya saing tinggi.
4. Mewujudkan persekitaran psikososial yang kondusif dan selamat.
5. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti.
6. Mencapai kecemerlangan sekolah melalui kerjasama dengan komuniti.

MOTO SEKOLAH

PROBITAS ET FIDES
(Honesty And Loyalty)
(Kesetiaan Dan Kejujuran)

Cogan kata tersebut diambil daripada bahasa Latin dan ia membawa maksud jujur dan setia ini jelas ditunjukan kepada warga SMK Tinggi Klang, dalam mengejar kecemerlangan yang merupakan aspirasi sekolah, setiap warga sekolah perlu bekerja dengan penuh jujur dan yakin. Guru-guru pula jujur dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengajar dan murid-murid pula perlu yakin dengan kebolehan mereka serta seterusnya dengan keyakinan inilah pelajar dan sekolah akan berjaya. Hubungan yang akrab antara warga sekolah akan mengurangkan masalah disiplin. Ini akan melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelbagai Bidang akademik dan kokurikulum, dan seterusnya akan mewujudkan sekolah cemerlang.

LAGU SEKOLAH

O God almighty, we give thee thanks
For our school, the High School Klang
And for teacher that daily guide us
With the answer to question asked

Onward the spirit of close fellowship
And towards other in friendship and love
May we never be found wanting
The great courage of living and striving

Dear High School Klang
Our High School Klang
Thee our dear Alma Mater
Forward to serve we go now
May we love thee forever more.

HAL EHWAL MURID

CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID


KURIKULUM

CARTA ORGANISASI KURIKULUM

KOKURIKULUM

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM