Mesyuarat Agung PIBG berjalan dengan lancarnya, dianggarkan 320 orang ibu-bapa dan guru. Hadirin yang hadir pada hari itu dapat bersama-sama membincangkan langkah-langkah memajukan sekolah dan kemajuan anak-anak mereka dengan aman dan berhemah. Banyak usul-usul telah dibincangkan dan telah diputuskan dengan berhati-hati.

Seramai 15 orang AJK baru untuk tahun 2013/2014 telah dilantik oleh ahli yang hadir pada hari itu. Mandat telah diberikan untuk Yang Di Pertua dan Naib Yang Di Pertua memimpin sekali lagi pada tempoh ini.

 

Mesyuarat Agung PIBG

Kepada
Ibu Bapa/Penjaga/Guru

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-32
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Tinggi Klang kali ke-32 akan diadakan pada:

Tarikh : 23 Febuari 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Putera SMK Tinggi Klang

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
Ucapan Yang Di Pertua PIBG
Membentangkan Minit Mesyuarat Agung  yang lalu
Membincangkan  perkara-perkara berbangkit
Membentang dan Menerima Laporan tahunan 
Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31.12.2012
Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG 2013/14
Memilih  2 orang Juruaudit
Membahaskan Usul-usul
Ucapan PenanguhanSebarang usul yang ingin dibawa ke mesyuarat agung hendaklah dihantar kepada Setiusaha selewat-lewatnya pada atau sebelum 07 Febuari 2013

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    November 2013

    Categories

    All
    Mesyuarat Agung
    Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 33

      SOALAN PILIHAN